TURN ON YOUR SPEAKERS!

For the pleasure of blogging.

This is my blog and I can write any crap I want, like it or not.

Like my blog? Do come back again.

Hate my blog? Then please feel free to move your ass out of here ..muahahahah

Thursday, April 9, 2009

RAWATAN KEROHANIAN



I was surfing on the net, looking for something when I found this and am gonna keep this in my directory for my reference in the future.

Antara kegunaan Surah Taha:
1. Melembutkan hati
2. Penumpuan kepada sesuatu perkara
3. Mengurangkan masalah degil, keras kepala dan panas baran

Untuk melembutkan hati, dipetik from http://rahman.yoll.net/#doalembut
Yang menariknya ada disebut bagaimana nak lembutkan hati org especially husband atau bini yang garang atau bekeng, memandangkan saidina Umar ni garang dan bengis.Kita bole amalkan membaca surah Taha ayat 1 hingga 5, sebabnye saidina umar memeluk islam sebab terdengar adiknye membaca surah ini.Serta merta hatinya jadi cair tak marah2.So, mana2 ade yg nak melembutkan hati pasangan, baca ayat ini dan hembuskan perlahan2ke ubun2(kepala) sewaktu pasangan betul2 dah tido. Jangan dihembus kuat2, kang ade yang kena pelangkung sebab ingat kena jampi...selamat mencuba.

Untuk concentrate dlm sesuatu/penumpuan kepada sesuatu perkara (contohnya menimba ilmu)

  • Membaca ayat 1-5 dari Surah Taha

  • Membaca ayat 200 dari Surah Al-Imran

Mengurangkan masalah degil, keras kepala dan panas baran:
  • Baca surah Taha 1-5

  • Baca surah al-Ikhlas, al-Fatihah, ayat Kursi (1 kali)

  • Baca Bismillah 5 (3 kali)



SURAH TAHA

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[1] Taa Haa.

[2] Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.

[3] Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah

[4] (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.

[5] Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.

[6] Dialah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi.

[7] Dan jika engkau menyaringkan suara dengan doa permohonanmu, (maka yang demikian tidaklah perlu), kerana sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia dan segala yang tersembunyi.

[8] Allah! Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, bagiNyalah segala nama yang baik.



SURAH AL-IMRAN AYAT 200

"Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."




Related Posts with Thumbnails
 
DESIGNED BY ONLINEBIZ-FR